RPH Tahun 5 Arca Timbul-Relief Sculpture

March 30, 2015


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PSV TAHUN 5
Mata pelajaran              : Pendidikan Seni Visual
Tarikh                            : 4 March 2015 (Rabu)
Tahun                            : 5 A ( 24orang)
Bidang                           : Membentuk dan membuat binaan
Aktiviti                            : Arca Timbul
Tema                              : Alam Semula Jadi
Tajuk                              : Hiasan Dinding
Masa                              : 60 minit   (10.10 a.m – 11.30 p.m)
Media                             : Alat – Gunting, Pembaris, Pensil, dan pensil warna
     Bahan – kertas lukisan dan gam
Bahan Bantu Mengajar :  contoh arca timbul , contoh
hiasan dinding arca timbul, carta aliran penghasilan arca timbul.
EMK                              : Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, bentuk, warna, imbangan, dan  kepelbagaian yang terdapat pada objek semula jadi dan karya seni dalam penghasilan arca timbul.
 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam penghasilan arca timbul.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan arca timbul.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
  
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1       Persepsi Estetik       Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada arca timbul.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Jalinan – sentuh atau tampak
3.1.1.2 Bentuk – konkrit
 3.1.1.3 Warna - warna sekunder atau tertier
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan – simetri atau tidak simetri
3.1.2.2 Kepelbagaian-rupa

3.2       Aplikasi Seni             Murid dapat mengaplikasikan bahasa seni visual, media, serta
proses, dan teknik dalam penghasilan arca timbul.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - Gunting, Pembaris, Pensil, dan pensil warna
3.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan gam
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan arca timbul
3.2.2.1 Teknik - binaan
3.3       Ekspresi Kreatif        Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya secara kreatif.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan catan

3.4       Apresiasi Seni           Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya.
3.4.3 Memberikan ulasan karya sendiri dan rakan secara lisan

STANDARD PEMBELAJARAN
               ILUSTRASI AKTIVITI



Persepsi Estetik (15  minit)
  • Guru menunjukkan contoh arca timbul dan contoh hiasan dinding arca timbul.
  • Guru menyatakan definisi arca timbul.
  • Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada arca timbul.
              
 

Aplikasi Seni (15 minit)
·         Guru memperkenalkan dan menyatakan media yang akan digunakan untuk menghasilkan arca timbul hiasan dinding iaitu pensil, kertas lukisan, kertas warna, cat air dan pemadam.
  • Guru menunjuk cara menghasilkan arca timbul hiasan dinding.



 

 
 




Ekspresi Kreatif (15 minit)
  • Murid menghasilkan arca timbul hiasan dinding berpandukan cara yang ditunjukkan oleh guru.
  • Murid menggunakan kreativiti dalam menghasilkan arca timbul.
  • Murid menghias arca timbul mengikut kreativiti masing-masing.


Apresiasi Seni (10 minit)
  • Murid mempamerkan karya masing-masing.
  • Murid menceritakan pengalaman sendiri semasa melakar dan mewarna.
  • Murid menyatakan perbezaan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Penutup (5 minit)
·         Guru memberitahu arca timbul yang dihasilkan oleh murid boleh ditampal di kelas atau pada dinding rumah sebagai hiasan.
·         Guru menyuruh murid menulis nama, tarikh, kelas, tajuk dan aktiviti sebelum menghantar untuk diberi markah.
·         Murid diminta untuk membersihkan sampah yang terdapat di meja dan kerusi.























You Might Also Like

0 comments